
ladynoor99
2 tahun
Sakit dikiri rusuk bila bergerak dan batuk
Bila tarik nafas sakit disebelah kiri rusuk juga masa bergerak. Bila baring beralih /mengereng kekiri dan kanan akan sakit belakang rusuk kedua2 belah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk pengetahuan saudara, di bahagian rusuk kiri terletak banyak organ. Oleh itu sakit boleh terjadi disebabkan masalah organ-organ tersebut. Antaranya adalah:
- Kecederaan pada tulang rusuk
- Peradangan rawan tulang rusuk/ Costochondritis
- Pleurisy - peradangan lapisan paru-paru
- Fibromyalgia - sakit otot kronik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.