
Sulit
4 tahun
Sakit diseluruh perut
Saya wanita dalam 18 tahun . Saya mengalami sakit perut yang sama seperti tahun lepas , tetapi tahun ini lebih sakit dan tidak selesa . Apabila ditekan diseluruh perut , perut akan terasa sakit sangat seperti dicucuk dan terus ingin buang air besar . Dan najis jugak sudah bertukar menjadi hitam adakah saya perlu berjumpa dengan doktor segera . Jelaskan ye doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Refluks asid atau GERD
- Serangan gastrik
- Jangkitan usus
- Keracunan makanan
- Ulser perut
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami tentukan masalah yang dialami oleh anda dan dami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.