
Sulit
4 tahun
Sakit kaki hingga ke pinggang
Ayah saya berumur 50 an, sejak kebelakangan ni ayah selalu sakit pinggang hingga ke bahagian kaki. Sakit tu kadang di pinggang kadang di kaki. Saya sudah bawa ayah saya jumpa Dr. Xray telah dilakukan tapi tiada sebarang kecederaan pada sendi atau tulang. Apa yg patut saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang bapa anda hadapi iaitu masalah sering sakit pinggang hingga ke bahagian kaki. Terdapat beberapa penyebab kepada masalah ini, antaranya ialah:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Kemampatan cakera intervertebral
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Masalah pada usus
- Disc hernia
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang bapa anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami amat menasihati anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih