ayunie85
5 tahun
Sakit kelamin wanita
Sy punya kemaluan ada ulser yg banyak dan sangat sakit… Ada keluarkan air di tempat ulser dan mcm nanah… Fobia sy untuk kencing… Boleh sy tahu ubat apa yg boleh sembuhkn sakit sy
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala ulser pada kemaluan anda boleh disebabkan oleh penyakit kelamin seperti:
- Jangkitan herpes genital (virus selesema)
- Syankroid
- Jangkitan sifilis
Selain itu, jangkitan lain yang boleh menyebabkan ulser ini adalah seperti:
- Jangkitan bakteria- Group A streptococcal infections, Mycoplasm
- Jangkitan virus- Herpes simplex via autoinoculation, Epstein–Barr virus (EBV), Cytomegalovirus (CMV), Chickenpox or herpes zoster (shingles)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































