
Sulit
4 tahun
Sakit kepala apabila bau perfume
Helo, Doktor. Saya seorang wanita berumur 27 tahun dan tidak mengandung. Saya sememangnya akan sakit kepala selepas sy terhidu bau perfume. Perkara ini bermula ketika sy berumur 18 tahun. Makin lama, sakit kepala ni mkin teruk dan makin lama sakitnya. Sakitnya tu dah mcm tahap migraine, selalunya sakit kepala ni bole hilang selepas hilangnya bau perfume tu, tapi pada penghujung 2020, sakit kepala ini akan berlarutan selama 2-3 jam meskipun bau perfume sudah hilang. Saya jadi moody, stress. Setiap hari sy akan terbau bau perfume, perfume ahli keluarga, rakan2 skerja dan setiap hari juga lah sy sakit kepala dan stress, moody sorang2 bila sakit kepala ni tak nak hilang. Ada beberapa org yg mengatakan deria saya ni terlalu sensitif meskipun pd bau perfume yg tidak kuat, sdgkan sy tidak mengandung dan masih muda.
Lagi satu, kepala sy pernah terhempas disebabkan sy pernah accident semasa sy berumur 12 tahun. Dan setiap kali saya sakit kepala disebabkan terhidu perfume, parut accident di kepala saya turut berdenyut2 dan kebas. Bulan 12 tahun 2019, adalah tahun terakhir saya diserang migraine. Bermula pertengahan 2018 hingga 2019, sy akan diserang migrain dua minggu sekali. Tempat parut accident akan berdenyut2 dan sakit semasa migrain menyerang. Pada awal 2020, migrain ini hilang dgm sendirinya tanpa sebarang ubat-ubatan.
Saya mintak maaf sekiranya penceritaan saya ini berterabur. Perlu ke sy berjumpa dgn mana2 dr? Adakah sakit kepala disbbkn perfume ini sebahagian dari kes kesihatan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder. Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media .
- darah tinggi
- rabun mata
- trauma
- kanser otak
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh.
Berdasarkan keterangan anda mengenai gejala terasa hendak muntah ketika berdiri, saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.