
Sulit
5 tahun
Sakit kepala berdenyut-denyut yang ada kalanyavterasa di sebelah kanan dan ada kalanya di sebelah kiri.Ia juga berlarutan hingga ke tengkuk
Assalamualaikum doc… saya sakit kepala bermula semalam. Sakit bermula pada sebelah kanan, apabila saya berdiri kepala saya berdenyut-denyut… ia berlarutan sejak saya bangun tidur hinggalah hari ini. Namun hari ini sakitnya membawa hingga ke sebelah kiri juga. Hari ini saya rasa lebih teruk kerana sakitnya terasa sepanjang masa. Apa ada masalah dengan kepala saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media.
- darah tinggi
- rabun mata
- trauma
- kanser otak
Sakit kepala boleh dikurangkan dengan menggunakan ubat tahan sakit yang boleh dibeli difarmasi. Namun, rawatan ini tidak merawat masalah sebenar punca sakit kepala.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih