
Sulit
4 tahun
Sakit Kepala Berdesing
Saya wanita berusia 33 tahun. Dua hari ini saya mula sakit kepala dan terasa seperti berdesing di dalam kepala. Seperti pertama kali saya rasakan seperti berdesing ini. Dan mata seperti kabur tp bukan kabur teruk. Cuma terasa mcm ada menggangu pada mata. Sy ada sejarah migrain. Adakah itu tanda covid-19 atau sebaliknya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk makluman anda, kami kurang jelas dengan kenyataan berdesing anda. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Migrain
- Vertigo
- Tekanan darah tinggi
- Sakit kepala disebabkan stres
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami gejala sedemikian. Sekiranya keadaan ini berlarutan, saranan kami adalah anda perlu berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dan rawatan dapat dilakukan kepada anda. Berikut merupakan gejala-gejala COVID-19 yang sering dilaporkan berdasarkan WHO:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
- Cirit Birit
- Sakit dada
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung di atas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.