
Anonymous
5 tahun
Sakit kepala dan perut kerana haid
Hi doktor , saya ada masalah dan saya rasa putus asa kerana saya akan mengalami spotting setiap seminggu selepas haid saya habis dan spotting tu melebihi 2 minggu dan ianya kadang banyak kadang sikit dan saya pernah mengalami haid melebihi sebulan dan haid saya datang setiap kali selepas 2 minggu dan saya mengalami sakit perut teramat sangat dan pening kepala yang membuatkan saya rasa nak pengsan dan saya tak tertahan dah dan period saya teramat banyak sehinggakan saya tidak boleh bergerak dan perlu menukar pad setiap satu jam dan ianya mengganggu saya dan darah berketul masalah ni membuatkan saya takut untuk datang haid lagi ianya seakan membuatkan saya rasa sakit yang melampau . Period setiap 2 minngu dan teramat banyak dan saya akan nengalami spotting setiap seminggu selepas haid dan spotting itu akan melebihi 2 minggu dan sekejap ada sekejap tak ada kadang saya rasa seperti nak pengsan menghadapi ini selama 5 tahun. Doktor tolong bantu saya apakah masalah saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan puan, haid puan berkemungkinan berlebihan dan terdapat beberapa punca yang dapat dikenalpasti sebagai penyebab masalah ini. Antaranya ialah
- fibroid
- adenomyosis
- simptom kanser pangkal rahim atau kanser rahim
Anda merasa pening dan mual mungkin diseababkan hilang darah banyak melalui haid. Kanser lazimnya datang dengan simptom seperti hilang berat badan mendadak dan hilang selera makan.
Untuk mengetahui diagnosis sebenar dengan lebih tepat, ianya memerlukan pemeriksaan fizikal, ujian makmal seperti colposcopy dan pengambilan sampel tisu yang bakal dijalankan oleh pakar sakit puan anda.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.