
Sulit
4 tahun
Sakit kepala, demam dan cirit birit
Saya wanita berusia 24 tahun. Masalah yang saya hadapi adalah seperti berikut:
- Sakit kepala( saya memang sering mengalami sakit kepala)
- Terasa seperti nak demam
- Sering buang angin dan cirit birit
Apakah yang perlu saya lakukan untuk merawat masalah ini? Adakah masalah yang saya hadapi ini disebabkan angin dalam badan atau premenstrual symptoms?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan masalah yang dihadapi oleh anda. Namun begitu, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Keracunan makanan
- Jangkitan usus
- Divertikulitis
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Kami sarankan anda merujuk perkara ini kepada doktor dan maklumat lanjut mengenai masalah yang dihadapi anda perlu diketahui.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.