
Sulit
4 tahun
Sakit kepala demam dan sesak nafas
Sy ade rase sakit kepala,demam dan sesak nafas…adakah sy covid?tapi sy lngsung xde contact rapat dgn pesakit covid…skrg sy tgh peregnant 2 bulan…sy risau plk dgn keadaan sy…ape patut sy buat?

4 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Tahniah diucapkan berkenaan kehamilan anda saat ini. Kami juga turut memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan potensi kontak rapat dan gejala positif COVID-19
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan kandungan anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk makluman anda, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Buat sementara waktu, anda boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) atau hospital yang berhampiran untuk mendapatkan arahan yang selanjutnya. Selain daripada itu, jangan lupa untuk sentiasa mematuhi SOP pandemik dengan melakukan kebersihan tangan sekerap mungkin, jauhi individu individu lain buat sementara waktu dan pakai topeng muka apabila keluar rumah.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Jangan terlalu khuatir dan terus berfikiran positif, agar proses kehamilan anda bertambah lancar dan baik. Selain itu, gangguan yang dialami juga boleh disebabkan oleh:
- gangguan cemas
- jangkitan demam selain akibat virus
- kekurangan rehat atau komplikasi dari gangguan tidur
- dan faktor lain yang memerlukan perhatian secara langsung dengan doktor di klinik atau hospital
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini