
Sulit
5 tahun
Sakit kepala dibahagian mata dan dahi
Saya wanita berumur 20tahun. Baru semalam saya rase pening sakit kepala dibahagian dahi, mata. Dan kadang2 sakit kepala nye berdengut di bahagian kanan lebih berdenyut rase nye dari belah kiri. Bende ni saya rase. Saya perasan lepas saya pakai eyeglo. Dan lepastu saya rase mule datang selseme. Lepastu. Datang pulak sakit kepalanye. Dan makin lame ni. Makin sakit pulakk. Rase macam tak boleh bangun.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit kepala dibahagian tersebut boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Allergic rhinitis
- Rhinitis - satu pentuk peradangan hidung akibat pekerjaan yang terdedah kepada habuk atau jangkitan
- Sinusitis (jangkitan rongga tengkorak) atau juga dikenali sebagai resdung
- Migraine
Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjutan kerana dikhuatiri terdapat masalah kesihatan lain. Selain itu, sekiranya mahu mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.