
nurulrs_cofomelfel
4 tahun
Sakit kepala dibahagian tengah hingga tepi kepala
salam sejahtera. sy seorang perempuan berumur 29 tahun. dan sy baru disahkan ada denggi. sepanjang sy denggi sakit kepala sy di bahagian yg sama iaitu atas kepala hingga ke bahagian kiri kepala. sy ada cuba urut juga kadang2. kulit dibahagian kepala yg sy ingin pegang itu pun sakit juga. adakah ini disebabkan denggi semata2? untuk rekod doctor, sy juga mengalami masalah high blood pressure dan syukur blood pressure sy ok sbb sy patuh makan ubat setiap hari. mintak mohon pencerahan doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang dialami boleh jadi disebabkan oleh pelbagai keadaan penyakit seperti:
- Demam denggi
- Kesan demam
- Dehidrasi
- Sakit kepala primer seperti migrain, tension type headaches dan sebagainya
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.