
ayuarniezamj
5 tahun
Sakit kepala, hidung bedarah serta batuk bdrah
Saya wanita berusia 19 tahun, sakit kepala disemua bahagian, mata kabur serta pendengaran kurang jelas.pada masa yang sama , hidung bedarah dan batuk bedarah. Rambut juga gugur sedikit demi sedikit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti ketumbuhan atau kanser yang biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Memandangkan anda merasakan mata kabur disertai hidung berdarah serta batuk berdarah, adalah amat dikhuatiri sekiranya sakit kepala yang anda alami adalah sakit kepala sekunder. Justeru, anda sangat perlu untuk merujuk ke doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut. Merujuk kepada rambut gugur pula, biasanya ia adalah keluhan yang subjektif yang mana anda harus membenarkan doktor untuk melihat keadaan kulit kepala anda bagi menilai darjah keguguran tersebut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mendapatkan maklumat dan pengubatan lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma)untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.