
Sulit
4 tahun
Sakit kepala,insomnia,rambut gugur,susah fokus
Salam sejahtera doc. sex saya perempuan n umur saya 17 tahun (16 tahun 5 bulan). saya mengalami pening ketika duduk/baring,muka dan tapak tangan saya pucat,kaki dan tangan saya sering sejuk,kesemutan,insomnia,rambut gugur dan susah fokus. sebelum ni saya hanya abaikan tapi makin hari makin teruk. saya check tekanan darah normal tapi saya masih tak puas hati apa yang jadi dekat badan saya kerana perkara ni dah menganggu pelajaran saya. saya dah tanya ibubapa utk dptkn rawatan professional tapi mereka kata saya selalu main phone n selalu tidur lewat. macaman ya doc ? patutke saya jumpa doc atau abaikan tanda ii ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder. Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media .
- darah tinggi
- rabun mata
- trauma
- kanser otak
Dapatkan nasihat daripada doktor mengenai rawatan dan ubatan yang sesuai.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh.
Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.