
Sulit
5 tahun
Sakit kepala kuat dan berdenyut di tengah kepala
Salam sejahtera,
Doktor, saya ada pertanyaan… Apakah penyebab sakit kepala yang kuat dan berdenyut di bahagian tengah kepala? Adakalanya berlaku ketika saya sedang tidur. Dan kadang-kadang terjadi semasa saya membuang air besar. Setiap sakit kepala tersebut akan mengambil 30 minit hingga 1 jam tanpa pengambilan apa-apa ubatan.
Untuk pengetahuan doktor, sakit kepala ini telah menyebabkan saya menjalani pembedahan ceaserean pada 22/8/2019 semasa tempoh kehamilan saya 33 minggu 5 hari kerana doktor bimbang saya mengalami sawan/strok yang boleh membahayakan bayi saya.
Rekod kesihatan saya sepanjang mengandung, saya tidak pernah mengalami tekanan darah tinggi. Saya hanya menghidap gestational diabetes dan mengawal diet sepanjang mengandung.
Doktor juga memantau tekanan darah saya sepanjang seminggu ditahan di wad, tetapi bacaannya normal. Namun, selepas pulang, saya masih mengalami sakit kepala yang kuat tersebut, selang 3 atau 4 hari seminggu. Ianya berkurang dan reda setelah saya mengambil 2 biji paracetamol 500g.
Adakah saya perlu menjalani pemeriksaan lanjut kerana bimbang perkara ini berterusan dan mengganggu kehidupan harian di samping menjaga bayi yang baru lahir.
Mohon penjelasan doktor dan terima kasih.
Nadiah
Petaling Jaya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, sakit kepala berdenyut boleh disebabkan oleh:
- Migraine
- Tension-type headache
- Cluster type headche
Sakit kepala juga boleh disebabkan masalah di dalam struktur otak seperti ketumbuhan barah otak atau kanser, namun ia adalah jarang berlaku. Biasanya masalah sakit kepala yang disebabkan masalah yang lebih serius akan disertai dengan gejala seperti:
- Sawan
- Pening dan muntah
- Kebas
- Bengkak mata atau masalah penglihatan
- Kelemahan atau lumpuh, terutamanya pada satu sisi badan
- Masalah ucapan/ berkata-kata
- Perubahan personaliti
Bagaimanapun, bagi mengetahui punca sakit kepala anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.