
Sulit
4 tahun
Sakit kepala lebih seminggu
Ibu saya sejak kebelakangan ini berkata dia sakit kepala, hilang keseimbangan, sakit badan dan kadang-kadang pening. Dia ada penyakit darah tinggi . Jadi saya ingin bertanya adakah simptom ini dikira biasa untuk pesakit darah tinggi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini mungkin berkaitan atau tidak antara satu sama lain. Terdapat banyak sebab yang boleh menyebabkan masalah sakit kepala ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Kebiasaanya ia tidak menjadi masalah melainkan sekiranya ia diiringi dengan masalah seperti:
Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
Pandangan kabur
Pitam
Sawan
Muntah pada waktu pagi
Hilang berat badan mendadak
Selain itu, masalah pening ini boleh disebabkan
vertigo
anemia (kurang darah merah)
jangkitan kuman/masalah di dalam telinga
orthostatic hypotension
pengambilan ubat tertentu
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.