
Sulit
4 tahun
Sakit Kepala, leher terasa tegang, Telinga Berdesing, tekak terasa kering
Saya lelaki berusia 30 tahun, dua minggu lepas saya mengalami Anxiety dan stress bila dapat tahu saya ade kontak dengan +ve Covid… telah membuat saringan dan keputusan -ve setelah 5 hari menunggu… dalam masa 5 hari menunggu badan saya terasa berangin satu badan, kerap sakit belakang, gastrik, sakit kepala seperti angin penuh dikepala, kerap sedawa, telinga mcm tersumbat, nafas rasa pendek tapi bila kluar kan angin (sendawa) dah ok balik, kurang selera makan sebab otot tekak mcm menyempit… tapi demam, batuk tiada… tetapi setelah mendapat keputusan, gastrik dan sakit lain-lain nya beransur baik cuma sehingga skrg sy masih terasa angin di kepala dan tegang bahagian belakang leher dan mula harini saya rasa telinga kiri berdesing sikit…adakah ini side effect anxiety saya? adakah ambil masa untuk angin kepala ini pulih? sehingga harini saya tak pergi ke klinik lagi dan tak ambil apa apa ubatan lagi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan. Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer. Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media. Sinusitis merupakan salah satu sebab utama sakit kepala jenis sekunder dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ketegangan bahagian leher anda mungkin disebabkan oleh postur anda. Masalah rasa berangin boleh berkait dengan masalah gastrik anda. Anda boleh mengambil ubat sakit kepala dan lihat keputusannya jika sakit kepala anda bertambah baik. Minum air secukupnya terutamanya pada hari-hari yang bercuaca panas.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih