Givani

5 tahun

Sakit kepala makin kuat selepas makan ubat

Selamat tengahari doktor… Sy seorang gdis brusia 19 tahun… Sy sering mngalami sakit kepala semenjak berumur 15 tahun… Sy prnah ke hospital utk mmeriksa dan diberi ubat migrain… Tetapi stiap kali mngambil ubat trsebut, sakit kpla sy smakin kuat… Kdang2, sy trpaksa mngambil ubat tahan sakit utk mngurangkan skit kpla sy… Kdang2, sakit itu berlanjutan sehingga dua hari… Sy prnah terjatuh dan kepala sy terhentak di atas lantai dgn kuat ketika brusia 9 tahun… Adkah skit kpla sy berkait dgn kejadian yg sy alami ktika brumur 9 tahun?

Salam. Terima kasih atas soalan anda. Terdapat banyak punca kepada sakit kepala yang berpanjangan.

  • Tension, atau sakit kepala tegang, dirasai sebagai ikatan tali yang kuat di kepala. Tension biasanya disebabkan oleh tekanan emosi dan fizikal.
  • Migraine, atau pening jenis migrain, merupakan sejenis sakit kepala yang biasanya dirasai di salah satu belah kepala sahaja.
  • Cluster, atau sakit kepala kluster, merupakan sejenis sakit kepala yang biasanya ditemani oleh mata sebelah yang sakit dan berair.
  • Sinusitis, atau sakit kepala sinus, biasanya menyebabkan kesakitan di bahagian dahi dan pipi.
  • Trigeminal Neuralgia, atau sakit muka berkaitan saraf, menyebabkan kesakitan yang teruk terutamanya di bahagian muka.
  • Sakit otat dan tulang belakang di bahagian leher boleh menyebabkan sakit kepala terutamanya di bahagian belakang kepala.
  • Ubatan moden atau ubatan tradisional boleh menyebabkan kesan sampingan seperti sakit kepala. Jika saudari mengambil ubat tahan sakit untuk jangka masa yang lama, saudari boleh mengalami rebound headache atau sakit kepala yang menjadi lebih teruk apabila saudari berhenti mengambil ubat tahan sakit tersebut.

Sila rujuk kepada doktor bagi memastikan punca masalah anda ini.

Dr Ilias,

5 tahun

Selamat tengah hari. Terima kasih di atas soalan di atas. Berdasarkan soalan anda, anda berkemungkinan mnghidap migrain.

Kejadian terhentak kepala pada usia 9 tahun tidak semestinya menyebabkan migrain. Hal ini kerana sakit kepala yang anda alami ketika berumur 15 tahun adalah berkemungkinan disebabkan perubahan hormon ketika baligh. Tahap oestrogen yang rendah sdalam putaran haid. Setiap pesakit migrain biasanya mempunyai pencetus khusus dan unik terutama dari segi intensiti, kekerapan dan masalah perubatan yang lain.

Walaupun migrain melemahkan penghidapnya ketika ia berlaku, ia mempunyai sifat yang boleh diramalkan yang memberikan pesakit ruang masa untuk menganggarkan masa berlakunya dan mengatasi dengan serta-merta dengan ubat-ubatan sebelum ia menjadi lebih buruk. Ia boleh disertai dengan aura 30 minit sebelum migrain berlaku. Dengan mengambil ubat-ubatan dan supplemen dan perubahan gaya hidup, gejala dan intensiti migrain dapat dikurangkan.

Memandangkan ubat tidak berkesan untuk anda, perubahan gaya hidup mungkin membantu. Pertama, saya akan mencadangkan perubahan gaya hidup yang termasuklah aktiviti fizikal seperti yoga. Dengan senaman, hormon yang dikeluarkan akan membantu mengurangkan tekanan. Tekanan emosi pula mestilah diatasi dengan berjumpa kaunselor ataupun teknik relaksasi seperti meditasi. Ia boleh menjadi pencetus migrain. Anda boleh mengambil pil perancang yang biasa digunakan oleh wanita yang mempunyai haid yang tidak teratur kerana ia mengawal tahap hormon.

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Selamat petang! Terima kasih untuk soalan anda. Saya berharap anda berada dalam keadaan yang baik. Seperti yang anda telah menyatakan bahawa anda mengalami sakit kepala untuk 4 tahun dan ubat migrain yang telah diberikan untuk anda tidak boleh mengurangkan sakit kepala anda malah menyebabkan sakit kepala anda bertambah.

Untuk menjawab soalan anda, sakit kepala anda tidak disebakan oleh hentakan kepala anda. Hentakan yang kuat boleh menyebabkan “brain hemorrhage’. Keadaan ini boleh menyebabkan sakit kepala yang teruk dengan segera. Jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan koma. Seperti anda telah menyatakan, anda mengalami hentakan tersebut semasa anda berusia 9 tahun.

Terdapat beberapa jenis sakit kepala. Sakit kepala yang disebabkan oleh stress atau ketegangan. Sakit kepala ini adalah biasa di kalangan remaja. Sakit kepala jenis ini selalunya mempunyai ciri-ciri yang dikenali sebagai “band-like headache”. Sakit kepala ini selalunya sakit pada bahagian belakang kepala dan kadar kesakitan meningkat mengikut masa. Sakit kepala jenis ini boleh berlarut untuk beberapa hari. Selain itu, terdapat juga sakit kepala jenis migraine. Sakit kepala jenis ini adalah sangat biasa antara kalangan remaja dan dewasa.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)