
nurainimohsin.97
4 tahun
Sakit kepala mencucuk 4-5 saat
saya wanita berusia 23 tahun. disini saya mempunyai 2 soalan. soalan pertama ialah, pada hari biasa di mana sy tidak mengalami apa-apa sakit, kadang kala tiba tiba saya rasa sakit mencucuk dikepala hanya lebih kurang 4-5 saat. dan selepas itu sakit itu hilang.kenapa ye?
soalan kedua saya.saya mengalami migrain hampir 2 minggu. setiap kli bunyi bising atau menghadap komputer dalam tempoh yang lama, saya mula sakit kepala. apakah solusinya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya akan menjawab soalan anda satu persatu.
Soalan pertama anda mengenai sakit kepala yang datang tiba-tiba dan menyerang untuk masa yang singkat sahaja. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala adalah sangat lazim dan kebiasaannya sukar untuk mengesan punca masalah ini. Ianya mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor luar dan juga dalaman. Namun, selalunya gejala ini tidak menjadi satu masalah yang harus dirisaukan melainkan jika sakit kepala anda disertai dengan masalah seperti:
Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
Pandangan kabur
Pitam
Muntah pada waktu pagi
Hilang berat badan mendadak
Saya nasihatkan anda untuk mengamalkan langkah seperti berikut dalam usaha untuk mengurangkan gejala anda:
Kawalan stress dan emosi
Elakkan daripada pengambilan kaffein, merokok
Banyakkan inum air putih
Rehat dan tidur secukupnya
Bagi masalah migrain anda, saya berpendapat bunyi bising serta melihat komputer untuk tempoh yang lama merupakan pencetus kepada gejala anda. Oleh itu, solusi yang paling bagus adalah mengelak punca tersebut. Apa yang boleh saya sarankan adalah:
Mengelak dari kawasan yang bising atau memakai penutup telinga
Berehat secara berkala dari melihat skrin komputer
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hanya selepas itu, solusi yang paling tepat boleh diberikan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan, nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.