
Sulit
5 tahun
Sakit kepala, perut sebu, demam
Tiba2 saya rasa tak selera makan sebab perut sebu. Lepas tu kepala sakit dan kadang2 rasa demam. Tidak ke luar negara. Kuarantin di rumah tp selang 3-4 hari akan keluar membeli barangan keperluan. Adakan itu tanda atau gejala convid 19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Memandangkan anda mengalami demam dan sakit kepala, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini