Sulit
6 tahun
Sakit kepala sakit belakang dan kencing tak lawas
Pening kepala dan sakit kepala terasa sakit belakang dan mempunyai kencing tak lawas urine berwarna kuning cair dan kaki dan tangan lenguh
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya penerangan mengenai gejala anda adalah terlalu general serta maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki.
Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepaladalah sangat lazim dan selalunya tidak merujuk kepada masalah yang serius kecuali jika anda turut mengalami masalah seperti berikut:
Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
Pandangan kabur
Pitam
Sawan
Muntah pada waktu pagi
Hilang berat badan mendadak
Selain itu, air kencing berwarna kuning cair adalah perkara biasa. Namun, air kencing tidak lawas boleh disebabkan oleh banyak sebab. Antaranya:
Pundi kencing prolaps
Benign prostatic hyperplasia(BPH)- pembesaran kelenjar prostat (bukan kanser)
Kanser prosta
Urethral stricture- penyempitan uretra dan memberi kesan kepada aliran air kencing dari pundi kencing.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.


































