
Sulit
4 tahun
Sakit kepala,sakit sendi otot, deman selesema batuk hilang selera mkn
Berlanjutan 4 hari

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi, maklumat yang anda berikan adalah tidak mencukupi untuk kami membuat kesimpulan. Gejala yang anda alami boleh jadi berkait antara satu sama lain atau sebaliknya.
Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala ini adalah sangat biasa berlaku dan kebiasaannya tidak merujuk kepada maslaah yang serius. Akan tetapi, sekiranya sakit kepala ini diiringi dnegan gejala di bawah, anda disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Antaranya:
Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
Pandangan kabur
Pitam
Sawan
Muntah pada waktu pagi
Hilang berat badan mendadak
Selain itu, gejala demam, selsema dan batuk ini mungkin disebabkan oleh:
Jangkitan bakteria / virus
Allergic Rhinitis
Keradangan
Untuk masalah hilang selera makan, ianya sedikit membimbangkan sekiranya ia berlanjutan dan menyebabkan hilang berat yang mendadak dalam tempah yang singkat. Oleh itu, pemeriksaan lanjut adalah diperlukan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.