
Sulit
4 tahun
Sakit kepala sebelah kiri dan cenderung nak muntah²
Lately ni sya selalu stress . Dan kdg² sya boleh skit kepala secara tiba2 . Dan sya cenderung berfikiran serabut hingga susah tidur . Boleh doc bntu sya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media, darah tinggi, rabun mata, trauma atau kanser otak.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.