
Baizura
6 tahun
Sakit kepala sebelah kiri sahaja
Hi doctor. Saya gadis berumur 24tahun. Saya sering mengalami sakit kepala sebelah kiri sahaja. Adakah itu tanda migraine atau hanya pening biasa shj?

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan anda. Menurut soalan anda, saya mengesyaki bahawa anda mengalami penyakit migrain.
Untuk menjawab soalan anda, kita perlu mengetahui jenis-jenis migrain. Terdapat beberapa jenis migraine yang telah dikenalpasti. Dua kategori yang terbesar ialah:
- Migrain tanpa aura: Simptom yang selalu dialami ialah sakit kepada pada sebelah bahagian sahaja (70-80% daripada orang yang mengalami migrain mengalami jenis ini)
- Migrain dengan aura: Sakit kepala dan simptom neurological seperti gangguan penglihatan, pendengaran dan bau (20-25% orang mengalami jenis ini)
Mengikut simptom anda, anda hanya mempunyai simptom sakit kepala. Besar kemungkinan anda mengalami migrain tanpa aura. Walaupun punca migrain tidak dikenalpasti, terdapat beberapa pencetus migrain yang boleh menyebabkan berlakunya migraine.
Antara pencetus migraine ialah cara pemakanan yang kurang sihat, persekitaran yang berasap rokok, cahaya terang atau berkelipan, psikologi yang murung, cemas, marah, ubat-ubatan dan lain-lain. Migrain ialah satu penyakit yang boleh dikawal.
Anda perlu berjumpa dengan doktor dan anda patut mendapat rawatan yang sewajarnya.

6 tahun
Hai dan selamat pagi. Terima kasih kerana mengajukan soalan anda kepada saya.
Migrain adalah sakit kepala yang kerap berlaku kepada kita. Ia merupakan salah satu daripada sakit kepala jenis primer. Sakit kepala jenis primer yang lain termasuklah sakit kepala ketegangan dan sakit kepala yang berkelompok atau sakit kepala jenis kluster.
Serangan migrain tanpa aura atau migrain biasa:
Kebanyakan pesakit serangan migrain tergolong dalam kumpulan jenis ini. Migrain tanpa aura boleh diketahui dengan pesakit menyatakan sakit di satu bahagian kepala sahaja. Sakit kepala akan bertambah teruk sekiranya pesakit melakukan aktiviti yang berat seperti senaman, mengangkat barang dan sebagainya. Ia mungkin juga disertai dengan rasa loya dan mual serta sensitif terhadap cahaya dan suara dan juga bau. Sakit kepala akan berkurangan dalam masa 4 hingga 72 jam, sekalipun tidak tidak menggunakan apa-apa ubat.
Serangan migrain dengan aura atau serangan migrain klasik:
Jika pesakit mengalami serangan migrain jenis klasik, ia akan disertai oleh aura iaitu pesakit akan mengalami tanda-tanda yang akan menyatakan bahawa mereka akan terkena migrain. Sebagai contoh, pesakit terlihat garis zig zag yang muncul secara tiba tiba pada penglihatan mereka. Aura kebiasaannya akan terjadi sekitar 30 hingga 60 minit sebelum terjadinya serangan migrain.
Adalah dinasihatkan untuk anda berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mengetahui situasi sakit kepala anda dengan lebih lanjut. Ini juga bagi membolehkan rawatan yang bersesuaian dapat diberikan kepada pihak anda. Terima kasih.