
Sulit
4 tahun
Sakit kepala selepas bersama
doktor , kenapa selepas saya bersetubuh bersama dengan suami saya , saya rasa penat dan letih serta kepala saya sakit ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit kepala.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sakit kepala selepas hubungan kelamin biasanya terbahagi kepada dua jenis:
Sakit kepala kerana penigkatan excitement dalam melakukan hubungan seks. Perasaan excitement ini akan menyebabkan otot di bahagian leher dan kepala menguncup sekaligus menyebabkan sakit kepala.
Sakit kepala disebabkan orgasm ketika melakukan hubungan seksual. Hal ini kerana orgasm menyebabkan tekanan darah meningkat dan menyebabkan sakit kepala.
Anda jangan risau kerana biasanya sakit kepala selepas hubungan seksual tidak menandakan apa-apa penyakit lain dan ia boleh beransur pulih.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun demikian, sekiranya anda mengalami gejala berikut selain sakit kepala, sila berjumpa dengan doktor:
- Pengsan
- Muntah
- Sakit di bahgian leher
- Sakit yang melebihi 24jam
- Sawan
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.