Sulit
4 tahun
Sakit kepala setiap hari dan diikuti sakit bahagian tengkuk/rahang dan badan sejuk
Salam sejahtera. saya wanita berumur 20 dan masih lagi pelajar. Izinkan saya bertanya, saya sering sakit kepala setiap kali bangun tidur atau diserang secara tiba tiba. Namun turut disertai dengan rasa sakit di bahagian tengkuk/rahang dan menyebabkan badan saya rasa terlalu sejuk. Bila saya sakit kepala secara tak langsung menyebabkan sebelah mata akan berair dan kemerahan. Kadang bila saya nak berjalan secara tiba tiba rasa gelap dan pusing. Saya dah pergi check mata cuma silau sahaja. Saya pernah dapatkany rawatan ketika umur 16 tahun, doktor cakap mungkin masalah urat dan dia ada bagi ubat (Rhemofenax) saya ambil ubat tu sehingga sekarang bagi mengurangkan sakit dan untuk lakukan kerja. Namun, saya takut untuk bergantung sepenuhnya pada ubat. Saya ada search simptom tersebut dan ada yang dituju mungkin angin dalam badan berlebihan dan ada juga simptom untuk barah otak. Jadi saya mohon pencerahan doktor :)) Terima Kasih.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti:
- glaukoma
- sinusitis
- jangkitan sistem pendengaran atau otitis media.
- tekanan darah rendah/tinggi
- kadar gula dalam darah rendah
- rabun mata
- trauma
- kanser otak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.


































