
Sulit
4 tahun
Sakit kepala,tengkorak ditekan,biji mata sakit
doktor,pertama kali saya rasa sakit kepala pada bulan januari ini,sakitnya seperti kepala dicucuk atas kiri dan kanan dan kekadang ada rasa sejuk di bahagian kepala sebelah kanan atas (tidak pasti di kulit atau dalam otak) kekadang juga waktu itu saya rasa sekitar kawasan kepala dan muka dicucuk tapi tidak terlalu sakit dan kerap.Bebola mata juga kekadang rasa sakit.Dari bulan Januari hingga Mac,kekadang sakit kepala ini akan menganggu saya dan rasa sakit namun bearable,namun pada pertengahan bulan februari sakit kepala itu hilang tapi kembali lagi pada pertengahan bulan Mac.Kini april,sakit kepala itu seprti tidak ada suda,namun ada waktu di mana saya rasa kepala bahagian atas kanan atau kiri saya ditekan(kekadang ada rasa sakit tengkorak ditekan di bahagian muka dan biji mata sakit namun tidak selalu dan jauh lebih baik dari apa yang saya alami sepanjang period januari-Mac).Doktor saya baru 18 tahun dan tidak mau mati awal,apa yang harus saya lakukan?Saya ada berjumpa dengan doktor asal bulan April dan dia mengatakan migrain.Saya takut doktor,apakah penyakit ini ada rawatan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, migrain adalah salah satu jenis sakit kepala dalam ketegori (Primary headache). Ia adalah sakit kepala yang kerap berlaku kepada manusia. Masalah ini lebih kerap berlaku kepada golongan wanita berbanding lelaki, dimana nisbah perbandingan adalah 3:1 serta mempunyai hubung kait yang kuat dengan genetik. Ini bermakna, seseorang itu lebih berisiko untuk menghidap masalah ini sekiranya mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidapnya.
Untuk mencegah masalah ini, pastikan anda menghindari pencetus yang telah dikenal pasti. Selain itu, pastikan sakit kepala bukan disebabkan oleh pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan.
Cara untuk merawat masalah ini:
- Ubat-ubatan:
- Triptan yang diambil secara makan bersama NSAIDs atau paracetamol – Triptan tidak sesuai bagi pesakit jantung atau darah tinggi yang tidak terkawal serta boleh berinteraksi dengan ubatan lain seperti ubatan bagi masalah mental. Oleh itu, ubat ini haruslah diambil dengan priskripsi doktor bertauliah sahaja
- Ubat tahan muntah (anti-emetics) – ia juga boleh membantu meskipun pesakit tidak mengalami simptom mual atau muntah
- Selain itu, bagi wanita yang menghidap masalah ini sebelum menstruasi boleh dibantu dengan ubatan yang diambil pada hari yang dikenalpasti akan berlakunya migrain dengan mengira tarikh menstruasi berdasarkan kitaran haid.
- Bukan ubatan:
- Menuam pad pemanas atau pad sejuk pada kepala
- Bernafas di dalam beg kertas – karbon dioksida boleh membantu mengurangkan sakit kepala
- Supplement riboflavin
- Bagi pesakit yang tidak boleh mengambil ubatan atau tidak sembuh dengan ubatan, terdapat sesetengah pengamal perubatan yang menyarankan sesi akupunktur untuk membantu pesakit.
- Bagi wanita yang mengambil pil perancang kehamilan, jenis pil yang sesuai haruslah dirujuk kepada doktor sakit puan anda sekiranya pil yang anda ambil menyebabkan masalah ini.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca rawatan yang paling sesuai untuk anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.