
Anonymous
5 tahun
Sakit kepala teramat
Hai, doktor sy berumur 25thn… Bru2 ini sy disyaki demm teruk slma seminggu dan skrg sdah pulih. Namun sjak 3 hari kemudian skrg demm sy mash xsurut lagi malah sakit kepala sebelah kanan dan kiri semakin sakit… Sy hampr pengsan dan xmampu berdiri lama…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala berlarutan kiri dan kanan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sakit kepala migrain
- sakit kepala tekanan
- sakit kepala kerana jangkitan kuman (meningitis)
- sakit kepala kerana ketumbuhan dalam otak
- sakit kepala kerana Guillain-Barre syndrome (lazim apabila selepas sembuh dari jangkitan) dan biasanya ada masalah saraf yang lain
Oleh itu, kami memerlukan beberapa maklumat lagi dari anda untuk mencapai diagnosis penyakit dengan lebih tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah
diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.