
Sulit
5 tahun
Sakit kepala tiap masa
Hai Dr, dh bertahun sy sakit kepala tpi sblum ni mungkin sbb stress and pressure. Dari umur sy 14 tahun sy selalu mkn panadol actifast utk lega kan sakit kepala. Skrg sy dh 23 tahun. Sy rasa sakit kepala sy makin teruk. Sy pernah jmpa Dr and Dr kata sy migrain and bgi painkiller and the medicine doesn’t give any effect as the pain is still there. Skrg sy asyik lupa, susah nk ingat, kdg sy take time utk act for something. Kadang tgh masak tetiba kepala sakit and sy kena stop. Waktu nk bgun pagi pun selalu sakit. Ohh… Plus dekat leher sy mcm ada beberapa ketulan kecil. Thanks in advance Dr. Have a nice day

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, sakit kepala ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Migrain adalah bersifat serangan dan ada pencetus. Pencetus (trigger) migraine biasanya adalah stress, demam, kurang tidur dan lain-lain. Memandangkan anda telah melakukan pengubatan, harus diketahui bahawa ubat sahaja tidak cukup. Anda harus melakukan perubahan gaya hidup seperti mengamalkan sleep hygiene dan stress free meditation.
Untuk pertanyaan lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.