Sulit
3 tahun
Sakit ketika berbasikal
Hi. Saya berasa sakit di bahagian kelangkang selepas berbasikal 4 hari lepas. Terasa panas di bahagian bawah, dan terasa zakar menjadi kecil. Ereksi pada waktu pagi tidak bertahan lama dan sakit apabila bersama semasa ereksi penuh dan tidak bertahan lama. Apakah masalah yg saya hadapi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit di bahagian kelangkang.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kemungkinan gejala yang anda alami berpunca daripada aktiviti berbasikal yang anda lakukan. Namun saya tidak menolak kemungkinan lain yang boleh anda alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat satu sindrom dalam perubatan yang dipanggil sebagai cyclist’s syndrome. Sindrom ini berlaku apabila saraf pudendal di bahagian kelangkang mengalami iritasi. Sindrom ini biasanya akan menyebablkan beberapa gejala seperti:
- Sakit zakar
- Kegagalan ereksi
- Sakit di kelangkang
- Sakit ketika kencing
- Sukar untuk kembali berbasikal kerana sakit
- Sakit selepas melakukan hubungan seksual
Sindrom ini boleh dikurangkan melalui terapi fizikal dan urutan yang sesuai. Sila bercakap dengan ahli profesional untuk rawatan lanjut.
Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan situasi ini daripada terus berlaku seperti:
- Menggunakan pakaian yang sesua ketika berbasikal
- Memastikan tempat duduk basikal sesuai untuk anda
Sekiranya gejala yang anda alami berterusan, sila berjumpa dengan Doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.