
Anonymous
5 tahun
Sakit ketika berhubungan dengan suami
hi doktor,
saya nak tanya, kenapa ketika sy berhubungan dengan suami,contoh dalam tempoh 1bulan lebih tidak berhubungan,bila tiba nk berhubungan balik,terasa sakit seperti koyakkan pada bahagian bawah vargina.adakah perkara tersebut merupakan sintom yang tidak baik?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah pendarahan ketika/sakit . Untuk makluman pihak anda,terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya hal ini. Antaranya ialah:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Endometriosis
- Cervical ectropion
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.