Sulit
6 tahun
Sakit ketika bersama suami
Saya wanita berumur 29 thn… Saya mengalami masalah sakit ketika bersama suami… Bukan masalah kering sbb kami mengunakan pelincir. Sakit kat hujung kemaluan saya ketika zakar suami nak tusuk masuk… Sakit pedih macam luka…dah sebulan masalah saya nie doc… Masa saya nak basuh, sya rasa kemaluan macam terkena geseran kat hujung. Tolong saya doc😢
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi berkemungkinan besar disebabkan oleh kecederaan atau luka. Namun yang demikian, konsultasi lanjut adalah diperlukan bagi, mengesan punca sebenar kepada masalah anda. Anda boleh berhenti melakukan hubungan kelamin buat seketika dan dapatkan rawatan dari kami atau klinik berhampiran anda.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































