
Sulit
5 tahun
Sakit ketika buang air kecil Dan kerap buang air kecil daripada biasa
Saya lelaki , ketika saya buang air kecil saya punya pundi kencing Rasa sakit Dan saya kerap buang air kecil … Selepas buang air kecik , saya Rasa nak buang air kecil lagi … lepas 2 minit kencing , saya nak kencing lagi … apa masalah saya ya doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit ketika kencing dan kerap kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
Sebaiknya anda merujuk doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan dan berikan rawatan yang tepat. Antara lain yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan gejala memburuk adalah:
- Elakkan dari seks rambang
- Kerap minum air
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.