Sulit
6 tahun
Sakit ketika hubungan intim
Sy wanita berumur 28 tahun dan baru saja brkhwin pd 7.12…sy ingin bertanya adakah normal jika baru sahaja brkhwin suami isteri melakukan hubungan intim.isteri merasa sakit di faraj.terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sakit ketika dan selepas hubungan kelamin adalah sesuatu perkara yang biasa dirasai oleh wanita yang baru sahaja membuat hubungan kelamin. Ianya boleh disebabkan kurang pelincir, perasaan resah ataupun kondisi yang dikenali sebagai “vaginismus”. Ianya akan mengambil sedikit masa untuk berasa tidak sakit dan suami anda digalakkan untuk menggunakan pelincir serta posisi yang kurang menyakitkan. Sekiranya perkara ini berterusan, anda dan suami boleh membuat temujanji bersama doktor untuk melihat lebih lanjut akan puncanya. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































