
Sulit
3 tahun
Sakit ketika melakukan hubungan bersama suami
Saye berumur 18 tahun dan baru habis berpantang selama 80 hari. Saya sakit ketika melakukan seks bersama suami. Kencing pedih. Apabila saya cek terdapat benjolan kecil seperti guli di faraj saya. Kemungkinan tu tempat saye kencing

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit ketika melakukan hubungan seksual. Berkaitan dengan masalah puan, ia boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah :
- psikologi (ketakutan yang melampau kerana pertama kali melakukan persetubuhan)
- faraj yang kering
- kekejangan pada otot faraj
- polip pada serviks
Mengenai benjolan pada faraj, masalah benjolan di faraj lazimnya dikaitkan dengan beberapa penjelasan seperti:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
Akan tetapi, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor , termasuk:
- Ketumbuhan sista pada kelenjar Bartholin ( Bartholin’s Cysts ) yang boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada kelenjar tersebut.
- Jangkitan herpes, sejenis jangkitan STI ( Sexual transmitted infections )
- Jangkitan HPV ( Human papilomavirus ) iaitu sejenis ketuat kelamin. Ia juga merupakan salah satu jangkitan STI dan boleh datang dan pergi.
- Fordyce Spots , iaitu sejenis ketumbuhan jerawat yang disebabkan oleh kelenjar peluh tersumbat
- Kanser vulva seperti Melanoma , Squamous cell carcinoma dan Basal cell carcinoma .
- Jangkitan kulat
Jika masalah ini ditambah dengan gejala kesakitan, sila segera berjumpa dengan doktor .
Anda juga amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.