
ayunickyta86
5 tahun
Sakit kulit gatal-gatal
Saya wanita dalam 30an mengalami sakit kulit gatal-gatal di tangan dan badan. Dah dua kali saya pergi ke hospital dan injap masih tak baik-baik.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kegatalan yang kronik boleh disebabkan:
- Kulit kering
- Ekzema
- Psoriasis
- Alahan dermatitis
- Penyakit buah pinggang kronik
- Penyakit hati
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor pakar kulit anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.