
zattizahari
5 tahun
Sakit lutut dan berbunyi
Assalamualaikum.
Saya wanita berumur 24tahun. Saya sering sakit lutut tapi tak lama. Tapi baru² ni lutut saya kembali sakit dan selalu berbunyi. Sakit tu sekitar lutut dan kebawah hampir ke buku lali. Dan bahagian tempurung lutut saya juga boleh digerakkan ke kanan dan kiri. Saya cuma sapu minyak angin tapi tak hilang sakit sehingga saya terpaksa membalut lutut menggunakan bandage. Apabila saya duduk bersila, lutut bertambah sakit dan terasa tegang.Apakah yang perlu saya lakukan?
Mohon penjelasan doktor. Terima kasih kerana membantu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, sakit lutut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anterior cruciate ligament (ACL) ataupun medial collateral ligament terkoyak yang mana sakit akan muncul tiba-tiba. Yang kedua biasanya timbul akibat putaran yang berlebihan.
- Meniscus terkoyak biasanya akibat kecederaan lokal, sakit timbul saat bergerak
- Patellofemoral pain syndrome adalah rasa sakit yang timbul apabila lutut terlebih guna ( overuse ) sehingga cedera
- Tendonopathy akibat masalah tendon
- Bursitis ialah keradangan pada kantung yang berfungsi sebagai kusyen di lutut
- Osteoarthritis yang timbul akibat berat badan berlebihan sehingga beban berat terhadap lutut tinggi
Bagi membantu proses mencari penyakit sebenar yang mendasari gejala yang anda alami, terdapat banyak persoalan yang harus ditanyakan dan maklumat tambahan yang diperlukan. Justeru, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Justeru, anda digalakkan untuk merujuk doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.