
batrisyiaamr
4 tahun
Sakit lutut dan kepala
Saya remaja perempuan berumur 16 thun,sy sering kali mengalami sakit lutut ,hampir 4/5 bulan tanpa rawatan,pada mulanya saya tidak mngambil berat tentang hal ini kerana saya menganggap İTÜ hal yg biasa,lately ini,saya mendapati lutut saya selalu sakit walaupun tidak membuat kerja yg berat , ketika rehat juga,ia amat lah sakit,sakit seperti trcucuk cucuk di bhgian atas Dan bhgian tepi ,ketika henDak bangun dri tidur atau duduk dri krusi,selalu berbunyi “pop” Dan ketika berjalan juga selalu kedengaran bunyi yg tidak senang,sakit İTÜ melarat dri pinggang hingga tumit,seluruh kaki Kanan Saya susah untuk bergerak kerana kesakitan di lutut itu,Saya tidak mengambil apa apa ubat malah minyak urut ,ibu bapa Saya jugak tidak mengetahui hal ini,kadang saya berjalan tidak straight n betul,Saya ingin Tanya doc,adakah sakit lutut ini normal atau? Seluruh kaki kanan Saya lenguh dan tidak bermaya utk bergerak…tq
Soalan kedua,
Saya sering mendapati headache ,lately ni,headache merupakan perkara wajib dan lazim setiap Hari,kepala sy Sgt lah sakit pada seluruh bahagian termasuklah tekak, especially bhgian kiri,kadang kala sakit teramat di kedua dua belah,mata kelihatan kabur Dan selalu trnampak byngan hitam dan tompokan hitam,rasa mahi pengsan,pitam,tiada selera makan ,RASA ingin muntah,merupakan perkara yang perlu,badan Tak bermaya,kelihatan penat dan tidak cukup tidur,sedangkan tidur susah melebihi 7 jam/6 jam,
Apa ya doc? Adakah İTÜ normal

4 tahun
yang berlaku semenjak baru-baru ini. Untuk makluman anda, rasa sengal atau sakit pada lutut boleh disebabkan oleh beberapa perkara dan faktor iaitu:
- Penggunaan lutut yang berlebihan seperti melakukan aktiviti harian yang melibatkan pergerakan sendi lutut secara berlebihan. Ini akan menyebabkan cecair pada sendi lutut menjadi nipis dan menyebabkan permukaan tulang sendi menjadi mudah terhakis dan rapuh.
- Kekurangan nutrisi dalam badan atau dehidrasi yang boleh menjejaskan rembesan cecair pada sendi lutut sebagai sejenis pertahanan.
- Kecederaan pada lutut
- Masalah pengsarafan pada lutut yang boleh disebabkan oleh kecederaan
- Ketegangan otot atau sendi lutut akibat elektrolit yang kurang dalam badan
- Penyakit sistemik auto-imun seperti penyakit reumatik ( Rheumatoid Arthritis ) yang boleh menyebabkan keradangan pada sendi-sendi seperti lutut, pergelangan tangan dan juga pergelangan kaki
- Penyakit Gout iaitu sejenis penyakit dimana badan anda mengandungi asid urik yang tinggi.
- Keradangan pada sendi lutut yang disebabkan oleh kecederaan atau jangkitan kuman. (Selalunya ia akan berlaku pada satu belah lutut sahaja).
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda mengenai perkara ini sekiranya perkara tersebut semakin teruk dan berlarutan sehingga menggangu aktivti harian anda. Sementara itu, kami nasihatkan anda agar untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin dan nutrisi semula jadi yang tinggi.
Untuk pengetahuan anda, sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media.
- darah tinggi
- rabun mata
- trauma
- kanser otak
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.