Anonymous
6 tahun
Sakit mata dan kepala sebelah kanan
saya mempunyai masalah berkaintan mata dan kepala sevelah kanan semlm tiba2 mata saya jadi merah setelah saya mengosoknya dan mwrasakan semacam ada cacing di dalam mata saya skrng ni bila saya pejamkan mata kepala sebelah kanan dan mata kanan sakit kenapa yer terima kasoh
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit mata serta mata merah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan atau lebih dikenali sebagai konjunktiviti
- alahan
- cedera atau trauma kepada bola mata
- glaukoma
Masalah sakit kepala dibelah kanan yang dialami oleh anda juga mungkin disebabkan oleh sakit mata itu sendiri.
Namun untuk membuat dan menjelaskan diagnosis serta memberi rawatan yang tepat, maklumat tambahan perlu kami ketahui dari pihak anda. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.





























