Sulit
6 tahun
Sakit mencucuk bahagian dada
selamat petang doc, saya wanita umur 24, kadang2 saya rasa sakit mencucuk dada sebelah kiri selepas bergerak aktif seperti zumba fitness tapi tidak lama, hanya dalam beberapa minit sahaja, bolehkah saya tahu kenapa, adakah kerana simptom asma atau sebaliknya, kerana sebelum ini saya pernah sakit batuk selepas duduk di tempat sejuk dalam beberapa hari dan doc bagitahu simptom asma, adakah sakit mencucuk bahagian dada ini berkaitan dengan asma doc ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit pada dada yang anda alami boleh disebabkan:
- Kekejangan/ketegangan otot dada - akibat senaman, tidak cukup rehat
- Penyakit asma - sesak nafas dan saluran udara sempit juga boleh menyebabkan gejala sakit dada
- Anemia - kurang hemoglobin sel darah merah
- Radang tulang rusuk - akibat kecederaan atau jangkitan kuman
- Penyakit asid refluks (gastrik)
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































