
Sulit
4 tahun
Sakit mencucuk di bahu belakang kanan dan di dada kanan
Saya wanita 32 tahun
Sebelum ini saya mengalami rasa ketat dibahagian tengah dada dan rasa ingin pitam tp sekarang saya rasa ada mcm mencucuk di dada sebelah kanan dah bahu sebelah kanan… tangan saya juga sentiasa sejuk sangat

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan rawatan yang terbaik.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Gangguan yang boleh dikaitkan dengan gejala yang anda alami antaranya adalah:
- Refluks asid perut,
- Gangguan cemas.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan.
Keadaan atau penyakit lain yang disertai dengan gejala sakit dada dan susah bernafas juga boleh disebabkan oleh:
- Gangguan organ jantung
- Gangguan organ pernafasan (i.e. COPD, Emfisema, Asma)
- Gangguan saraf & otot
atau ia juga boleh disebabkan oleh
- kekurangan gula dan air dalam tubuh
- tabiat pemakanan yang kurang berkhasiat
- kekurangan zat besi dalam badan
- beban kerja yang melebihi kemampuan tubuh
- atau kelainan yang memerlukan rawatan doktor
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.