
linda101002
5 tahun
Sakit mencucuk sekitar payudara
Hi , saya wanita berusia 18 tahun , saya nak tanya sakit mencucuk di sekitar payudara kiri dan kanan kenapa ye ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah sakit payudara boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
- Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
- Pembengkakan payudara akibat jangkitan pada saluran payudara(mastitis), saluran susu ibu yang tersumbatan atau terlalu banyak susu ibu.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.