
Anonymous
5 tahun
Sakit ovari belum dapat period
Hi Doc.
Umur saya 33thn. Saya pernah removed fallopian tube pada thn lepas sbb ectopic pregnancy sebelah kanan. 2 bulan lepas pernah buat HSG utk check keadaan tube lagi satu. Hasil xray saluran tube ada bengkak sikit. Dr Gynae pernah advise utk try pregnant. Pada bulan ini saya sepatutnya dapat period 24hn june. Tapi delay. Ovary bahagian kiri rasa sangat cramp. Seminggu sebelum actual date utk period, breast tenderness ada, stomach pain mcm nk period pun ada. Bila i check upt negative. Saya tengah risau sebab kenapa x dpt period lagi.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Risiko untuk ektopik semula
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Perubahan diet secara drastik
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat misalnya Ultrasound Scan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.