Sulit
5 tahun
Sakit pada abdomen dan sakit belakang
saya wanita berusia awal 30an, dan sejak 2 hari lepas saya mengalami sakit bahagian belakang (pinggang) dan berlarutan hingga ke hari ini di ikuti dengan rasa seperti hendak demam dan diikuti juga tidak selesa pada abdomen/ari2. dan dijangka harini adalah hari subur hari subur saya…mohon pencerahan dari doctor… terima kasih 
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah buah pinggang seperti batu karang
Masalah dari ovari
Masalah dari sitem penghadaman seperti keracunan makanan, acute gastroenteritis
Masalah otot
Masalah tulang belakang
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.






























