
Sulit
5 tahun
Sakit pada bahagian dada kiri
Assalamualikum dan salam sejahtera. Saya seorang surirumah berumur 32 tahun mengalami sakit di bahagian dada kiri. Dalam skala 2/10. Selalunya saya dapat rasa sakit tu bila tidur dan ketika saya tarik nafas dalam-dalam. Saya mang mempunyai kolesterol tinggi dan last saya check 7.0mmol/L. Saya ada buat ecg semasa mula sakit dada. Tapi ecg saya normal. Sudah hampir 20 hari dada saya masih menunjukkan sakit seperti ini. Adakah saya berisiko untuk mengidap kesempitan salur koronari.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keluhan sakit dada dapat bervariasi daripada kes kecemasan kepada kes biasa sahaja seperti sakit perut ataupun sakit otot. Justeru, bagi mengenalpasti punca utama sakit dada, adalah diperlukan keterangan luas dan panjang mengenai sesuatu keluhan. Secara umum, sakit dada dapat disebabkan oleh pelbagai diagnosis seperti:
- Kelainan otot
- Jangkitan paru-paru
- Gastroesophageal reflux disease (GERD)
- Acute coronary syndrome
- Emboli paru
- Kelainan aorta seperti diseksi (lapisan dalam terkoyak) ataupun pecah
- Penumothorax (paru-paru runtuh)
- Esofagus pecah
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi kesihatan anda secara fungsional, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.