Sulit
6 tahun
Sakit pada bahagian kiri zakar
Saya lelaki berumur 19 tahun. Saya berasa sakit pada bahagian atas kiri zakar. Tetapi, ketika membuang air kecil, saya tidak berasa sakit. Kedudukan testis kanan saya lebih ke atas berbanding testis kiri. Adakah ini disebabkan oleh kesan onani yang saya lakukan atau sebaliknya. Mohon pencerahan. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- testicular torsion - buah zakar berbelit
- epididymitis - keradangan tiub yang membawa sperma
- orchitis - akibat jangkitan virus atau bakteria
Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin kerana testicular tortion merupakan penyakit yang berbahaya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































