
Sulit
4 tahun
Sakit pada bahagian tulang belakang
Saya seoarang perempuan berumur 16 tahun selalu mengalami sakit pada pinggang dan tulang belakang apabila saya berbaring menelentang,mengiring,duduk,berdiri,berjalan terlalu lama.Saya hanya boleh bertahan dalam masa 30 minit sahaja dalam kedudukan tertentu.Selepas 30 minit,tulang belakang saya mula rasa sakit sehinggalah saya menukar kedudukan(dari berdiri kepada duduk,dari duduk kepada baring)tetapi kedudukan paling melegakan ialah baring.Perkara ini juga terjadi jika saya mengangkat barang yang berat.Ibu saya kata sebab kurang minum air mineral,tapi kalau di sekolah saya hanya minum air mineral saja tapi masih sakit.
Di rumah pula kurang air mineral pun sakit juga.Saya sakit apa sebenarnya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, rasa sakit pada tulang belakang boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Tarikan ligamen atau otot
- ‘Slipped disc’/disk tergelincir
- Osteoarthritis tulang belakang
- otot kejang / muscle spasm
- Spondylolisthesis
- jangkitan kuman
- trauma/ kecederaan/kemalangan
- sindrom “cauda equina”
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan. Ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Masih risau dengan sakit belakang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!