
cikbiru2018
5 tahun
Sakit paru sebelah kanan apabila tarik nafas
Salam sejahtera doc.sy berumur 38.Masalah saya 2 hari kebelakangan ini saya tak boleh tidur dan mengalami sakit paru2 sebelah kanan bawah payudara apabila saya tarik nafas dalam.Saya pesakit asthma tp dalam situasi saya sakit saya tak berasa di serang asma.apa yang sy boleh lakukan doc.senak sakit paru2.terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada apabila menarik nafas boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan paru-paru atau selaput paru-paru
- Radang hempedu - akibat jangkitan atau batu karang
- Radang tulang rusuk - akibat kecederaan atau jangkitan kuman
- Ketegangan atau kecederaan otot dada
- Paru-paru bocor (pneumothorax)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.