Sulit
2 tahun
Sakit perut bahagian dalam (bersalin czer) semasa bersama
Hi doc. Saya dah 9m bersalin secara czer anak pertama, Skrg sy perasan bila bersama suami saya rasa sakit di bahagian dalam perut. Sy sdh periksa luka parut kering dan tdk bengkak. bila bersama Rasa ngilu sengal & sakit. Adakah sebab luka dalam belum sembuh atau luka dalam terbuka? TQ Dr.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Gastritis akut- boleh mengambil 2-10 hari untuk sembuh
- Gastroespohageal reflux disease (GERD) apabila asid perut naik ke esofagus
- Peptic ulcer disease adalah apabila terdapat luka perut
- Infectious gastroenteritis akibat jangkitan
- Chronic appendicitis
- Lactase deficiency yaitu kekurangan sejenis enzim perut
- Pelvic inflammatory disease
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.