
muna.esah
4 tahun
Sakit perut berhari hari diingatkan ulser perut
dokter saya dah lama sakit perut 3 bulan lebih(sebelum ramadhan)dokter adakah saya menghidapi radang usus. tapi radang usus ada diare tapi sakit perut saya ni tiada diare kadang2 BAB cair MOHON PENJELASAN DOK TERIMA KASIH

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Istilah penyakit radang usus (IBD) digunakan untuk menggambarkan gangguan yang melibatkan keradangan kronik saluran pencernaan anda. Terdapat 2 jenis radang usus yang merangkumi penyakit chron dan ulserativ colitis.
Untuk makluman anda, hanya dengan maklumat sakit perut selama 3 bulan serta mengalami buang air besar cair sahaja tidak mencukupi untuk pihak kami membuat diagnosis. Bahkan untuk mengesahkan masalah radang usus, pemeriksaan endoskopi harus dijalankan untuk melihat sendiri keadaan usus anda. Ianya tidak boleh didiagnos hanya dengan gejala sahaja. Begitu juga dengan ulser perut. Diagnosis ini hanya boleh dibuat dengan yakin setelah doktor tersebut melihat sendiri ulser yang terdapat di dalam perut anda.
Oleh itu, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Perkara tersebut tidak boleh dilakukan di platform ini menyebabkan kekangan pihak kami untuk membantu anda mendapatkan diagnosis yang tepat. Maka, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor memandangkan anda telah mengalami sakit ini untuk 3 bulan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.